Sekolah Berasrama Penuh
Keterangan Logo
Tiga rangkaian abjad yang bercantum melambangkan satu landasan yang kukuh
Pecahan Huruf "S" sebagai satu fokus berpusat di sekolah untuk menjamin pembangunan bersepadu iaitu kecemerlangan ilmu
Menyediakan sumber tenaga manusia yang berketampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi
Poligan yang selaras melambangkan sains dan matematik
Warna biru melambangkan sikap positif terhadap ilmu dan pengamalannya sepanjang hayat
Warna kuning melambangkan kemampuan sahsiah pelajar, berdedikasi, berdisiplin,
bertanggungjawab, produktif, jujur, berbudi luhur, amanah dan berhemah tinggi
Warna merah melambangkan guru sebagai pemimpin kepada kepada bakal-bakal pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk melahirkan pemimpin yang bersikap
tegas, berani, toleransi dan bijaksana
Warna putih melambangkan kejituan semangat patriotik, penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan
Falsafah Sekolah Berasrama Penuh
PENDIDIKAN DI SEKOLAH BERASRAMA
PENUH ADALAH SUATU USAHA
BERTERUSAN BAGI MENYEDIAKAN
SUASANA PERSEKOLAHAN DAN
PEMBELAJARAN YANG TERANCANG,
TERKAWAL DAN SEMPURNA
UNTUK MEMUPUK DAN
MEMPERKEMBANGAKAN
KEBOLEHAN PELAJAR-PELAJAR
BERPONTENSI KE ARAH
KECEMERLANGAN SEBAGAI INSAN
DAN WARGANEGARA YANG
SEIMBANG DAN
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP
TUNTUTAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Matlamat Sekolah Berasrama Penuh
1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan denagan kemudahan yang
teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan
negara.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat
sarwajagat.
4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam
remaja.
6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan
SBP.
7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap,
pantas, tepat dan bijaksana.
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
|