Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
merupakan ahli keluarga sekolah berasrama penuh (SBP) yang ke 34.Terletak di
atas satu kawasan seluas 50 ekar.Kira-kira 50 kilameter dari bandar Kota
Tinggi menghala ke pusat perlancongan Desaru dan 90 kilometer dari bandar
Johor Bahru.
Kerja-kerja pengukuran tapak sekolah
telah dimulakan pada bulan Februari tahun 1994.Pada bulan Mac tahun yang
sama,kerja-kerja meratakan tapak telah dijalankan.Kontraktor yang telah
berjaya melaksanakan pembinaan SAKTI ialah Kontraktor Kemajuan Peralihan
Bukit yang dikenali sekarang sebagai KPB Construction.
Pada bulan Mei 1994,dimulakan pula
kerja-kerja membina bangunan.Bangunan pertama yang siap dibina ialah empat
blok asrama empat tingkat setiap satu.Dua blok untuk asrama putera dan dua
blok untuk asrama puteri.Kemudian diikuti pula pembinaan dewan
makan,surau,blok pentadbiran dan akedemik,dewan,rumah kediaman dan
sebagainya.
Keseluruhan projek telah dapat
disiapkan pada bulan Julai 1996.Ini bermakna kerja-kerja pembinaan SAKTI
telah mengambil masa selama dua tahun dua bulan.Majlis penyerahan bangunan
SAKTI oleh Jabatan Kerja Raya KEJORA kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dilangsungkan pada Ogos 1996.
Kumpulan pertama pelajar tingkatan
satu seramai 179 orang telah melapor diri pada
12 Ogos 1996 dan ditempatkan
di asrama.Pengetua pertama ialah Tuan Hj.Ahmad b. Wagiman dan dibantu oleh
En.Nasuha b. Paiman sebagai Penolong Kanan Akademik dan
Tuan Hj.Osman b
Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.